Nuffnang Ads

Pages

25 Januari 2013

Migrain

 
Penyakit Migrain adalah apabila kesakitan yang dialami berupa denyutan di sebelah kepala yang datang bersama perasan mual, ingin muntah, tidak tahan kepada bunyi yang kuat, dan cahaya yang terang. Kebiasaannya kesakitan migrain akan dicetuskan kerana datang haid, pertukaran cuaca panas dan sejuk, berpuasa, kekejangan minda, kurang tidur, cahaya lampu yang terang, dan bau-bauan yang kurang menyenangkan..

Migrain selalunya akan berlanjutan dari beberapa jam je beberapa hari. Rasa sakit kepalanya akan datang dan pergi. 60% penghidap migrain mungkin akan dapat petanda awal serangan penyakit ini seperti keadaan mudah letih(lesu), kurang tenaga, mudah marah, kuat makan, sukar membuang air besar, mengalami sakit tengkuk, dan kerap menguap..

Lanjutan daripada keadaan tersebut, penghidap migrain juga akan mengalami 'aura' migrain yang boleh menghasilkan gangguan visual sepeti garisan zig zag di hadapan mata, titik kabur di mata dan penglihatan menjadi kurang jelas. Migrain juga boleh menyebabkan 'aura' di bahagian kulit di mana kulit akan berasa panas, perit, dan kebas dan melibatkan bahagian mata..


P/S-saya selalu kena migrain ketika keluar jalan ditengah hari tegak, kurang tidur & datang haid

Info ini saya ambik dari RAPI JANUARI2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang